Monday, March 10, 2014
Dulu saya pon macam awak !
...................................................................................................................................................................
"Aku tahu aku bukan macam kau ."Tin minuman Neslo yg dah tinggal separuh itu diletak tepi . Kaki yg disila dilunjurkan kearah ruangan kosong Wisma LOP . Pandangan yg kosong ditala kelangit biru .
Fareez mencari akal untuk memancing fikiran abang senior di tepinya itu . Dia tahu abang Heddie ni bukan jenis abang-abang senior yg dia kenal sebelumnya . Fareez tahu abang Heddie ada reason tersendiri untuk setiap bagaimana dan kenapa dia langgar peraturan itu dan ini .
Heddie , salah seorang senior dia yg hebat dalam mencari penyelesaian untuk lari drpd setiap masalah yg ditimbulkan . Tapi , apakan daya manusia nak lari drpd perancangan Tuhan . Takdir pertemukan kita abang ...
"Abang , aci tak kalau sy pnggil abang Heddie je ?"betullah si Fareez tempah maut dengan si legend Heddie .
Heddie senyap seketika . "Ikut kau ah ."
Fareez senyum nipis segaris . Bukan ajal aku lagi nak dapat penampar maut drpd Heddie kot . Hati berbicara tanpa suara . Ingat nak guna bahasa geng Flopper ni je . Flopper biasa panggil Hed je abang Heddie ni . Tapi yelah kan , aku ni sangat lah menjaga protokol alam ..
Betul lah di luar alam untuk dia buat kawan dengan Fareez ni . Mana pernah dibuatnya kawan yg setiap masa ikut orang solat jemaah kat surau . Bagai langit dengan bumi bakhang ! Tapi , dalam ramai geng alim yang assobiyah yakni yg mementingkan perkauman atau dipanggil racist ni aku rasa Fareez ni jelah kot yg dia boleh masuk .
At least , dia boleh terima aku sebagai manusia yg sama je macam manusia lain .
"Eh , bukan kau selalunya ikut jemaah sekali ke kat surau ?" Fareez sekadar senyum . Bukan dia tak nak kejar pahala jemaah tu hari ni , tambah pulak ada kuliah ringkas lepas solat Asar kat surau .
"Iman ni kadang naik turun." Dilihatnya Fareez yg masih tak lari drpd mendengar lagu drpd iPod putihnya . Lagu nasyid lah tu . Takkan la stok alim macam Fareez ni nak layan lagu ala-ala Black Sabbath macam dia kot . Kalau buang tabiat pon rasanya paling tak si Fareez ni layan lagu M.Nasir . Otak mula buat pengiraan sendiri .
"Heddie , kau minat Ozzy Ousborne ?"
Soalan luar petala betul si Fareez ni . Black Sabbath . Mesti lah aku tahu !
"Kau kenal band Black Sabbath ? Wow , tak caye aku ."Fareez dipandang Heddie dengan hujung mata . Black Sabbath ni antara top list band yg Flopper suka buat cover dengan lagu-lagu nya ."
"Hellraiser , Dreamer , the Train .. "Satu persatu lagu Ozzy Ousborne disebutnya . Heddie jatuh rahang bawah . Memang luar petala lah budak ni .
"Cat Stevens ?" Fareez bertanya lagi .
"Mestilah kenal . Tapi dia dh out of this world dah kan ? So , aku tak ambik layan sangat lah ."Heddie menjawab datar .
"Dua orang ni lah yg ubah hidup sy jadi lebih baik macam sekarang ." Tenang kata ditutur menghalang wajah daripada berubah riak . Dada terasa sebak .
"What ? Kau pandai buat lawak ." Heddie antara endah tak endah . Memang akal tak boleh cerna bila ada org kata Ozzy Ousborne the Hellraiser tu boleh bentuk seseorang jadi ahli masjid macam Fareez ni .
"Dulu sy pon macam abang .."datar suara Fareez diluahkan . Airmatanya cuba diseka takut timbul episod 'Jejak Kasih' atas Wisma LOP ni .
.. dulu saya pon macam abang .. ayat ini terus bermain di ruang legar otak yg tepu tak boleh nk cerna apa-apa . Tidak sempat Heddie bertanya kepada Fareez tntng maksud 'dulu'nya itu apabila Fareez terus meninggalkannya tanpa sepatah kata .
...................................................................................................................................................................
Haa ,, inikah yg dinamakan suratan atau kebetulan ? Hed'flop, mohon hentikan puisi anda . Striaght to the
point .
Sebenarnya tiada perkara yg berlaku atas nama kebetulan kerana semuanya adalah ketentuan . Ketentuan siapa ? Ketentuan Tuhan . Apakah pernah berlaku dalam sejarah dunia perkara seperti ,"Kebetulan , saya jatuh cinta pada dia ." atau "Kebetulan jiran saya mati waktu saya tengah masak gulai masak tempoyak ."
Ada ke ? Kalau ada mohon tinggal komen anda dibawah . Eheh .
Tiada kebetulan melainkan suratan belaka . Macam tu jugak setiap apa yg kita dan mereka , awak dan saya jumpa ketika dalam perjalanan menuju Tuhan .
"Kebetulan jumpa Siti tengah on the way balik kampung hari tu , sy pon kawan lah dengan dia ."
Harapnya tiada kisah sebegitu rupa . Sy jumpa kau semalam , sy jumpa awak hari ni , atau sy jumpa anda pada masa akan datang tidak lain tidak bukan kerana Tuhan telah pon tetapkan setiap pertemuan . Mungkin sebagai ujian kehidupan atau sebagai wasilah untuk membawa diri yg hina ini menuju Tuhan !
"Selagi seseorang itu masih berTuhan , selagi itu masih ada harapan . Jika agama gagal menawarkan harapan , ia bukan drpd Tuhan ."
"and HE found you lost and guided you .."[al-dukhaan : 7]
-SYURGA GRABBER-
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment