Motosikal EX5 dipandu menuju pejabat Post di Simpang Ompek Jln Kg.Tempoyak Sambal Belacan . Setibanya disana , EX5 dimatikan dan tongkat dilucutkan . Ya , hari ini hari ini untuk menghantar surat jemputan kepada makcik Hidayah di kampung seberang .
Ohooooiiii !!!
Sedarkah anda ? Mungkin makcik Hidayah ibu si Minah boleh dijemput sebegitu dengan menghantar sepucuk surat sebagai tanda jemputan untuk ke rumah anda . Dan mungkin cara itu juga boleh dibuat-pakai untuk menjemput si Minah ke rumah anda di pagi hari raya . Tapi bagaimana pula dengan makcik Hidayah yang boleh membimbing kita menju ke Syurga NYA ??? Makcik Hidayah ini bukanlah makcik Hidayah yang boleh kita jumpa di simpang tiga Pasar Kg. Tempoyak Sambal Belacan dan bukan juga makcik Hidayah yang punya anak bernama Minah . Eheh .
Panjang pula jadinya ..
Sebagai analogi nya , dengarkan apabila kalam berbicara ..
................................ BAHAGIAN 1 ................................
"Kenapa kau nak kawan dengan aku eh ?"Heddie bersuara memecah sepi diruangan bumbung Wisma LOP.
"Kenapa kau terima bila aku kata aku nak jadi kawan kau ?"Fareez mejawab dengan mata masih menala pada matahari disebalik bangunan yang kian terbenam .
"Entah ."Heddie menjawab sepatah .
Entah apa yg membuatkan seoraang Heddie menerima seorang sahabat yang setahun lebih muda daripadanya itu sebagai kawan . Entah dimana persamaan yg menghubungkan antara mereka .
Adakah hanya pada persamaan yg terletak atas dasar saling meminati hidup bersendiri yg selebihnya disandarkan pada personaliti dirinya sebagai budak jalanan manakala Fareez sebagai seorang hamba yg sangat mempercayai Tuhan atau ada maksud disebaliknya ..
Di bumbung Wisma LOP inilah mempertemukan dua insan yg masing-masing didunia berbeza .
.............................................................................................
"Eheh . Pendek nya cerita !!! Tak feel lah !
Wahai cik Awak dan Encik Anda , seperti tulisan yg telah di-bold-kan itu tadi , ini hanyalah bahagian pertama . Hanya untuk menepati tajuk utama kita sahaja . eh ? kita ? sejak bila Inche Saya menandatngani perjanjian bersekutu dengan syarikat lain ? Ok .
Habis mengarut .
Main point nya disini . Apa agaknya yg bermain difikiran Heddie tentang penerimaannya terhadap Fareez ? Adakah sekadar menghormati protokol keamanan antarabangsa atau sekadar beramah-mesra atas sebab tidak mahu dipanggil budak sombong bertaraf dunia ? Tetapi , lihatlah jawapan Heddie itu di mana dia menyatakan , "Entah .."
Ya , itulah hidayah namanya . Ya , saya lah Makcik Hidayah !!!
Bukan kah begitu ? Tiada sebab , tiada jawapan , maka itu maknanya perkhabaran drpd Tuhan bahawa makcik Hidayah ingin bersahabat dengan anda ! Maka hayatilah ayat ini ...
Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya Ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman.
(al-an'am ; 125)
Jadi , bukankah kisah tadi menunjukkan Allah telah melapangkan dadanya untuk menerima Fareez yg setahun lebih muda daripadanya sebagai tanda daripada Allah bahawa dirinya bakal menerima pentarbiyyahan fasa pertama melalui Fareez sebagai wasilah yg terpilih olehNya ?
"Ha'ah .. betul lah !!"
Ya , jika Heddie telah berjaya menerima sapaan makcik Hidayah tanpa disedari , adakah anda juga merasakan yg sama apabila telah berjaya menghabiskan pembacaan ini yg mungkin juga wasilah drpd ILLAHI sebagai pelengkap proses pentarbiyyahan diri ???
Renung-renungkanlah ... mungkin kita dalam jalan yg sama menuju ke SyurgaNya tetapi pesawat kita sahaja berbeza .
"Apabila perasaan ingin berubah timbul , itulah maknanya hidayah sudah mula bertapak dalam hati . Jadi , jagalah , jangan lepaskan ."
Hoyeaaaaaah !!!
May ALLAH granted us His Jannah . Ameeeen .
-SYURGA GRABBER-

No comments:
Post a Comment